Apakah yang dimaksudkan dengan Pengurusan Murid?
Menurut Jaafar Muhammad (1998), pengurusan ialah satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Manakala bagi maksud keseluruhan yang mana menurut Azman B. Hj Adnan (Institut Aminuddin Baki) dalam Kursus Pengurusan dan Kepimpinan menyatakan bahawa berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan murid merupakan satu proses mengendalikan sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Ia boleh dimaksudkan dimana, pengurusan murid merupakan proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi murid, pengurusan murid dan program secara efektif, pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi.
Justeru, sistem pembelajaran terunggul dapat dilahirkan melalui pelbagai aspek yang dikaji dengan teliti agar matlamat yang diingini tercapai dan antaranya ialah melalui pengurusan murid ini. Pengurusan adalah bidang yang penting di sekolah. Ini kerana, pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Pengurusan murid juga memperlihatkan bahawa perancangan dan pengurusan yang baik dan sistematik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan sempurna. Komponen-komponen yang sangat penting dalam pengurusan murid adalah seperti mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar, dan memotivasikan murid.
Selain itu, pengurusan murid juga memperlihatkan bahawa perancangan dan pengurusan yang baik dan sistematik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan sempurna. Di samping itu, pengurusan murid juga dapat membina budaya yang baik di antara guru dan murid. Seterusnya, pengurusan murid juga meningkatkan motivasi murid khususnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan dapat ke menara gading. Oleh itu, pelbagai pihak perlu berganding bahu dalam melaksanakan pengurusan murid dengan sempurna dan dapat melahirkan murid yang pelbagai aspek termasuk nilai-nilai murni dalam diri mereka.
No comments:
Post a Comment