Wednesday, May 31, 2023

 RUJUKAN


Analogy, C. (2018, Nov 11). Pengurusan Pembelajaran-Pengurusan Murid. Diperoleh  daripada: http://pengurusanpembelajaran13a.blogspot.com/2018/11/pengurusan-murid.html


Fahan. (2018, Nov 25). Tajuk 5: Pengurusan Murid. Diperoleh  daripada:

http://fahannn.blogspot.com/2018/11/tajuk-5-pengurusan-murid.html


Fatin,N. (2018, Dec 6). Pengurusan Murid/Pelajar. Diperoleh  daripada: https://fatinlilyana.wordpress.com/2018/12/06/tajuk-5-pengurusan-murid-pelajar/


 Kesimpulannya, pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Dalam sesebuah organisasi memerlukan pengurusan murid yang baik seperti rekod murid yang tersusun dan lengkap, mengetahui tahap kesediaan murid dan akhir sekali motivasi. Ketiga-tiga pengurusan murid ini mempunyai kepentingan tersendiri sebagai contoh motivasi yang merupakan satu sesi atau proses yang amat diperlukan dalam mendidik pelajar. Tanpa motivasi sudah tentu pelajar yang kurang pandai akan kehilangan keyakinan diri dan berasa semakin tidak bersemangat kerana tiadanya semangat serta dorongan dari para tenaga pengajar. Oleh itu, peranan guru bukan hanya mendidik dan menyampaikan ilmu, tetapi hendaklah menitikberatkan setiap aspek tersebut dalam menguruskan murid untuk memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

 4.      Pengurusan Kaunseling Murid

Kaunseling merujuk kepada proses membantu individu untuk mengenal pasti dan memahami masalah emosi, mental, sosial, dan fizikal mereka, serta membimbing mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Ia melibatkan interaksi antara kaunselor dan klien dengan tujuan membina hubungan kepercayaan yang positif dan memudahkan klien untuk mengembangkan kemahiran dan penyelesaian masalah. Kaunseling boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk dan konteks, termasuk kaunseling individu, kelompok, keluarga, dan komuniti.

   Setiap institusi pendidikan di negara ini mempunyai unit bimbingan dan kaunseling yang penting untuk diwujudkan di setiap sektor untuk memberi bimbingan dan kaunseling tanpa mengira usia, terutamanya di institusi pendidikan seperti sekolah. Unit ini memainkan peranan penting dalam membantu murid meningkatkan nilai diri, menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah, dan memberikan bimbingan kerjaya. Unit bimbingan dan kaunseling di sekolah membantu murid memahami potensi diri mereka dan memberikan nasihat daripada guru yang mempunyai pengalaman hidup lebih lama. Ini membantu membina disiplin dan jati diri pelajar supaya cekal dan kekal berusaha untuk mencapai kejayaan dalam apa bidang sekali pun. Oleh itu, unit bimbingan dan kaunseling di sekolah memainkan peranan yang penting dalam membantu murid mengatasi masalah dan mencapai kejayaan di masa hadapan.

   Antara usaha yang dilakukan bagi memenuhi keperluan kaunseling murid di sekolah adalah dengan menubuhkan organisasi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Organisasi ini terdiri daripada kalangan murid-murid di sekolah yang dilantik setelah ditemubual secara langsung oleh kaunselor. Ahli-ahli yang dilantik tidak diberikan kuasa untuk memberi motivasi secara terus namun dibenarkan untuk membimbing murid-murid yang lain dari segi peningkatan sahsiah diri.


 3.      Isu Disiplin Murid

Disiplin Murid merujuk kepada sistem aturan, undang-undang dan nilai-nilai moral yang diterapkan dalam sesebuah institusi pendidikan untuk membantu murid-murid menghormati hak-hak dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan ahli masyarakat. Disiplin Murid biasanya meliputi tata kelakuan di dalam dan luar kelas, penjagaan kebersihan, kepatuhan terhadap peraturan, serta cara-cara penyelesaian masalah dan konflik. Objektif utama Disiplin Murid adalah untuk membentuk watak pelajar yang berintegriti dan bertanggungjawab, memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan efektif, dan menyediakan dasar untuk kejayaan akademik dan kemajuan sosial murid-murid.

  Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) menunjukkan terdapat 10,154 kesalahan disiplin yang dilakukan oleh pelajar pada tahun lalu. Mayoriti kesalahan tersebut adalah ponteng sekolah dengan jumlah kes mencapai 7,709, manakala kesalahan disiplin lain termasuk tingkah laku kurang sopan, kekemasan diri, dan vandalisme. Hal ini menunjukkan pentingnya peranan pihak sekolah dan ibu bapa dalam memastikan murid mempunyai disiplin yang baik dalam diri mereka.


 2.      Kesediaan Belajar

Kesediaan belajar merujuk kepada keadaan psikologi, emosi, dan kognitif pelajar yang membolehkan mereka memperoleh dan mengekalkan pengetahuan dan kemahiran baru. Konsep kesediaan belajar melibatkan beberapa faktor seperti motivasi, minat, kesiapan mental dan fizikal, serta persepsi dan keyakinan pelajar tentang kebolehan mereka untuk belajar dan mencapai matlamat. Kajian menunjukkan bahawa kesediaan belajar adalah satu konstruk penting yang perlu dikaji kerana ia dapat membantu menentukan tahap perkembangan dan penguasaan kanak-kanak pada permulaan tahun persekolahan (Shonkoff & Phillips, 2000; Shore, 1997). Kegagalan guru-guru dalam mengesan masalah kanak-kanak pada awal mereka memasuki sekolah dipercayai dapat menghalang mereka daripada memperoleh keseluruhan manfaat yang diperlukan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Achenbach, 1991; Offord & Lipman, 1996; Rimm-Kaufman, Pianta, & Cox, 2000).

  Kesediaan belajar terdiri daripada tiga konsep utama iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor. Kesediaan kognitif berkait rapat dengan kemampuan mental seseorang untuk memahami dan berfikir, serta merupakan perkembangan mental yang bergantung kepada umur individu. Di samping itu, kesediaan afektif merujuk kepada sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilai seseorang untuk menerima pelajaran yang disampaikan. Pelajar yang mempunyai sikap positif dan berminat terhadap pembelajaran akan berperanan secara aktif dan proaktif dalam aktiviti pembelajaran. Selain itu, kesediaan psikomotor merujuk kepada penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal, termasuk perkembangan fungsi anggota badan dan pengawalan penyelarasan penggerak di seluruh tubuh badan.

 Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar murid. Antaranya ialah kepandaian murid. Kesediaan belajar bagi pelajar yang pintar adalah lebih baik kerana motivasi mereka untuk belajar sudah mencapai tahap yang tinggi. Namun, bagi pelajar yang kurang berbakat dalam akademik, kesediaan untuk belajar jauh lebih rendah kerana mereka mengalami kesulitan untuk menerima pembelajaran dari guru dalam masa yang singkat. Faktor kedua yang memainkan peranan penting adalah tahap ekonomi ibu bapa pelajar. Kebanyakan pelajar yang berjaya mempunyai ibu bapa yang berpendapatan sederhana ke atas, sementara pelajar yang kurang berjaya mempunyai ibu bapa yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan. Faktor ketiga yang berperanan penting dalam kesediaan belajar adalah kaedah pengajaran guru. Kaedah yang digunakan oleh guru dalam pengajaran sentiasa memberikan impak kepada kesediaan belajar pelajar. Faktor terakhir yang mempengaruhi kejayaan akademik pelajar adalah sikap ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak mereka. Ibu bapa yang meluangkan masa untuk mengambil berat tentang prestasi akademik anak-anak mereka  kebiasaannya mempunyai anak-anak yang berada di kelas hadapan. Sebaliknya, ibu bapa yang kurang mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak mereka, dan lebih sibuk dengan kerja-kerja mereka, biasanya mempunyai anak-anak yang lemah dalam pelajaran. Oleh hal yang demikian, sikap ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan akademik anak-anak mereka.

  Oleh itu, adalah amat penting untuk memupuk kesediaan belajar dalam pelajar dengan memberikan penyokongan yang mencukupi dan memotivasi mereka untuk belajar, serta memberikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyokong perkembangan mereka secara menyeluruh. Ini termasuk memastikan pelajar memahami matlamat pembelajaran mereka, menyediakan sumber pembelajaran yang sesuai, memberikan maklum balas yang jelas dan sokongan individu yang sesuai. Dalam kesimpulannya, kesediaan belajar adalah konsep penting yang harus dipertimbangkan untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran.


 1.  Kepentingan Pengurusan Murid

Pengurusan Murid memainkan peranan penting dalam kejayaan pelajar di sekolah. Berikut adalah beberapa kepentingan pengurusan murid. Antaranya, membentuk persekitaran pembelajaran yang selamat, menyokong kejayaan akademik, meningkatkan keupayaan sosial dan emosi pelajar, mempromosikan disiplin dan etika serta memupuk kepimpinan dan penglibatan pelajar. Secara keseluruhan, pengurusan murid memainkan peranan penting dalam membentuk persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyokong pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara menyeluruh.


 Apakah yang dimaksudkan dengan Pengurusan Murid?

Menurut Jaafar Muhammad (1998),  pengurusan ialah satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Manakala bagi maksud keseluruhan yang mana menurut Azman B. Hj Adnan (Institut Aminuddin Baki) dalam Kursus Pengurusan dan Kepimpinan menyatakan bahawa berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan murid merupakan satu proses mengendalikan sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Ia boleh dimaksudkan dimana, pengurusan murid merupakan proses-proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau program bagi murid, pengurusan murid dan program secara efektif, pengawalan dan penilaian prestasi murid dan program serta pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi.

Justeru, sistem pembelajaran terunggul dapat dilahirkan melalui pelbagai aspek yang dikaji dengan teliti agar matlamat yang diingini tercapai dan antaranya ialah melalui pengurusan murid ini. Pengurusan adalah bidang yang penting di sekolah. Ini kerana, pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Pengurusan murid juga memperlihatkan bahawa perancangan dan pengurusan yang baik dan sistematik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan sempurna. Komponen-komponen yang sangat penting dalam pengurusan murid adalah seperti mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar, dan memotivasikan murid.


Selain itu, pengurusan murid juga memperlihatkan bahawa perancangan dan pengurusan yang baik dan sistematik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan sempurna. Di samping itu, pengurusan murid juga dapat membina budaya yang baik di antara guru dan murid. Seterusnya, pengurusan murid juga meningkatkan motivasi murid khususnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan dapat ke menara gading. Oleh itu, pelbagai pihak perlu berganding bahu dalam melaksanakan pengurusan murid dengan sempurna dan dapat melahirkan murid yang pelbagai aspek termasuk nilai-nilai murni dalam diri mereka.

  RUJUKAN Analogy, C. (2018, Nov 11). Pengurusan Pembelajaran-Pengurusan Murid. Diperoleh  daripada: http://pengurusanpembelajaran13a.blogsp...